Teka-Teki Matematik Yang Mencabar
Pak cik Mike, tolonglah beri saya jawapannya!

Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris

Di sini saya ingin memperkenalkan teka-teki Matematik yang mencabar untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Saya pernah melihat kanak-kanak berasa bingung sehingga beberap bulan apabila teka-teki Matematik ini diberikan kepada mereka. Setiap kali, kanak-kanak itu terserempak dengan saya, dia akan bertanya kepada saya bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah teka-teki Matemaik tersebut. Walaupun, kanak-kanak yang berumur lapan tahun akan memahami teka-teki Matematik tersebut tanpa masalah, pada hakikatnya kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke atas yang berupaya menyelesaikan teka-teki tersebut.

Kotak empat segi untuk teka-teki ini

Inilah gridnya (kotak empat segi). Apa yang anda harus buat ialah menyusun nombor 1 sehingga nombor 8 dalam kotak grid tersebut,

Peraturannya ialah nombor-nombor yang berturutan tidak boleh berada bersebelahan, mengufuk, mencancang atau pepenjuru. Nampaknya mudah? Cubalah dahulu! Lambat-laun anda akan sedar kenapa saya berpendapat teka-teki Matematik ini mencabar.

Anda akan dapati bahawa kanak-kanak biasanya akan cuba beberapa kali sebelum mereka mematuhi peraturan tersebut. Mereka akan menunjukkan jalan penyelesaian masing-masing dan anda akan dapati contohnya nombor 7 dan nombor 8 akan berada bersebelahan di penjuru grid. Jika anda terangkan kepada mereka bahawa jawapan mereka adalah salah, mereka akan cuba beberapa kali sehingga mendapat jawapannya.

Saya telah menyediakan lembaran teka-teki Matematik boleh cetak, yang mempunyai jalan penyelesain, termasuk gambarajah yang menujukkan kesalahan-kesalahan yang biasa akan dibuat oleh kanak-kanak. Jika, anda hanya ingin mendapatkan lembaran teka-teki Matematik tersebut, saya juga telah menyediakan dua teka-teki untuk setiap muka surat.