Selamat datang ke laman 'permainan Matematik sekolah rendah' - di sini terdapat permainan Matematik yang boleh digunakan dalam proses pengajaran Matematik sekolah rendah. Pelajar sekolah rendah akan menggemari permainan tersebut. Oleh itu, saya telah memastikan laman ini berada atas talian (online) - untuk para guru dan ibu bapa seperti anda sekalian yang menpunyai banyak idea permainan Matematik yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Semenjak kecil lagi saya memang menggemari permainan Matematik. Ibu bapa saya memainkan peranan penting dalam memupuk minat saya terhadap bidang Matematik. Mereka telah menyediakan banyak permainan Matematik dan alat mainan Matematik yang telah banyak membantu saya untuk memahami kepentingan konsep Matematik dengan hanya bisikan kalbu. Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.
Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) mesti diberi peluang yang sama seperti saya iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Sekiranya, anda bersetuju dengan pendapat tersebut, maka anda telah menjumpai laman yang betul.
Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini! Saya percaya bahawa anak-anak (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) seharusnya mempunyai peluang yang sama seperti saya iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri saya melalui aktiviti permainan Matematik yang menyeronokkan. Jika anda bersetuju dengan pendapat tersebut dan ingin memberi kanak-kanak tersebut peluang, anda telah menjumpai laman yang betul. Seterusnya anda akan menjumpai senarai semua jenis permainan Matematik yang terdapat dalam laman ini yang bersesuaian dengan kanak-kanak sekolah rendah.
Sekian sahaja buat kali ini. Saya berharap anda akan sentiasa melawati laman permainan Matematik saya supaya anda akan menjadi orang pertama untuk melihat permainan Matematik kanak-kanak sekolah rendah yang akan saya letakkan dalam laman tersebut.
Yang benar, Dr Mike....

Untuk Kanak-Kanak!