Tambahan Satu Pancingan dan Tambahan-Tambahan Pancingan
Dua Permainan Kad Matematik untuk Aritmetik Asas

Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris

Saya ingin mencipta satu permainan kad yang mudah untuk membantu proses pengajaran fakta asas operasi tambah. Apabila saya mengatakan 'asas', apa yang saya maksudkan ialah tahap di mana operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit iaitu 6+1=7. Selepas beberapa kajian, akhirnya saya telah berjaya mencipta permainan Tambahan Satu Pancingan.

Sebagai peringatan, di sini saya telah menyenaraikan peraturan permainan daun terup 'fishing' atau pancingan yang biasa dimainkan oleh dua pemain.

Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah variasi permainan 'fishing' atau pancingan yang mudah. Dalam permainan Tambahan Satu Pancingan anda tidak mencari pasangan kad yang nombornya sama sebaliknya anda mencari pasangan kad yang mempunyai perbezaan kedua-dua nombornya sebanyak satu. Contohnya,

Saya berpendapat dalam permainan Tambahan Satu Pancingan adalah baik jika anda mengeluarkan semua kad yang bergambar sebelum bermain. Ini kerana jika anda memberitahu seseorang kanak-kanak bahawa "J" bermakna nombor 11, ini hanya akan mengelirukan kanak-kanak tersebut dalam proses pembelajaran Matematiknya. Saya menggunakan kad UNO apabila bermain permainan Tambahan Satu Pancingan dengan anak lelaki saya dan mengeluarkan semua kad UNO yang tidak mengandungi nombor sebelum memulakan permainan tersebut dengan anak saya.

Sekiranya, anak-anak kamu bermain permainan Tambahan Satu Pancingan dengan segera mereka akan dapat mempelajari fakta asas operasi tambah daripada 1+1 sehingga 9+1. Kemudian mereka akan bersedia untuk bermain permainan Tambahan Dua Pancingan! Dalam permainan Tambahan Dua Pancingan, nombor 3 akan berpasangan dengan nombor 5 dan bukan lah dengan nombor 4, kerana 3 tambah 2 ialah 5.

Seterusnya kamu boleh bermain permainan Tambahan Tiga Pancingan atau permainan Tambahan Empat Pancingan dan berikutnya. Tetapi saya berpendapat adalah lebih baik jika anda bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan.

Dalam permainan Tambahan Tambahan Pancingan,

Permainan Tambahan Tambahan Pancingan adalah lebih mencabar berbanding dengan permainan Tambahan Satu Pancingan. Sekiranya anak-anak anda sudah dianggap cekap dalam permainan tersebut maka mereka telah berjaya memahami fakta asas operasi tambah sehingga 10 dengan sepenuhnya.