Zim Zam
Permainan ini akan membantu para pelajar operasi darab sifir tujuh

Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris

Saya menggemari permainan ini semasa di sekolah rendah. Permainan ini amatlah menarik terutamanya, bagi pelajar yang ingin bantuan memahami operasi darab. Peraturan permainan ini adalah mudah. Tetapi permainan ini akan memastikan pemain dengan segera menganalisa nombor dalam beberapa aspek. Permainan ini juga membantu membentuk ingatan jangka masa panjang terhadap beberapa konsep operasi darab, melalui emosi yang terhasil semasa bermain - perasaan gembira atau perasaan kecewa semasa mendapat jawapan yang salah. Selain daripada itu, permainan ini boleh juga digunakan di kalangan orang dewasa untuk menghilangkan perasaan segan dan kekok supaya mereka mula bergaul mesra kecuali bagi orang dewasa mereka biasanya menghadapi lebih banyak masalah memberi jawapan yang betul jika dibandingkan dengan kanak-kanak semasa bermain permainan ini.

Untuk bermain "Zim Zam", anda memerlukan beberapa pemain. Para pemain haruslah berdiri atau duduk dalam bulatan. Satu pemain akan dipilih untuk memulakan permainan tersebut, setiap pemain akan mengambil giliran dalam bulatan untuk bermain. Pemain akan memulakan permainan dengan mengatakan salah satu nombor daripada nombor 1 sehingga nombor 99.( Dalam proses pembelajaran di kelas, guru adalah digalakkan untuk memulakan permainan ini daripada nombor 1.)

Pemain yang kedua mestilah mengatakan nombor yang berikutnya. Setiap pemain mengambil giliran untuk mengatakan nombor yang seterusnya mengikut jujukan .....tetapi....

Permainan ini akan menjadi menarik apabila,

Sekiranya penerangan saya setakat ini tidak jelas, java applet di bawah akan dapat membantu anda memahami penerangan saya - ia akan mempamerkan kata-kata "zim-zami" untuk setiap nombor positif yang anda masukkan.
Browser ini tidak mempunyai satu Java Plug-in.
Dapatkan Java Plug-in yang terkini disini.

Permainan ini akan menjadi semakin genting apabila nombor yang digunakan telah melepasi nombor 49. Selepas itu, timbulnya cabaran bagi pemain untuk memikirkan berapa banyak "ZIM!" dan "ZAM!" yang harus dikatakan dan setiap pemain haruslah mengingati nombor yang telah dikatakan oleh pemain sebelumnya! Contohnya,

Saya tidak ingin memikirkan bagaimanakah situasi permainan sekiranya permainan tersebut bermula dengan nombor 699!

Di bawah terdapatnya idea-idea untuk mempelbagaikan permainan ini.