Permainan Matematik Operasi Tambah Untuk Tahap Tadika Yang Menyelerakan

Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris

Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi tambah, bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanak-kanak anda tentu suka akan permainan ini kerama permainan ini menggabungkan konsep Matematik dengan makanan kegemaran mereka dengan gambar yang berwarna-warni. Jika anda download dan print kertas kerja ini sekarang, anda akan lihat gambar kuda dan robot yang sedang memegang mangkuk dan terdapat satu lagi mangkuk yang besar di antara kuda dan robot.

Kismis!

Anak saya yang berumur 4 tahun dilatih bermain permainan yang seakan -akan sama dengan permainan ini ini di tadikanya. Apabila saya melukis gambar-gambar di atas kertas kerja tersebut, anak saya akan meminta untuk bermain lagi. Maka saya mengeluarkan beberapa buah kismis daripada peti sejuk, Melvin memang suka makan buah kismis. Kanak-kanak yang anda ingin mengajar operasi tambah tersebut mungkin lebih menggemari kerepek atau biskut. Anda bolehlah menggunakan makanan kegemaran kanak-kanak itu untuk menggalakkannya bermain permainan operasi tambah. Saya berpendapat menggunakan gula-gula bukanlah satu idea yang baik dan kacang biasanya tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Berapakah banyak, Melvin?

Saya akan meletakkan beberapa buah kismis di dalam mangkuk robot dan juga di dalam mangkuk kuda. Kemudian saya akan menanya Melvin, "Berapakah banyak buah kismis di dalam mangkuk robot?" Dia akan mengira setiap buah kismis tersebut dan memberi jawapannya.

"Satu, dua, tiga!"

"Berapakah banyak buah kismis di dalam mangkuk kuda?"

"Tiga!"

Seterusnya, saya akan menyuruhnya menuangkan semua buah kismis ke dalam mangkuk besar.

Berapakah banyak buah kismis di dalam mangkuk besar sekarang?

Saya berasa gembira dengan jawapan yang diberikan olehnya. Dia telah menjawab tanpa mengira buah kismis dan melihat jumlah buah kismis di dalam mangkuk besar tersebut.

"Enam!"

Sudah tentu, akhirnya dia makan kesemua buah kismis tersebut

Adakah permainan ini sesuai untuk anak saya?

Sudah semestinya sesuai. Di sini, saya telah menyenaraikan beberapa cadangan tentang cara-cara menggunakan kertas kerja tersebut.