Permainan Matematik Percuma yang Menyeronokkan!
Adakah anda sedang mencari permainan matematik percuma untuk kanak-kanak prasekolah?

Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris

Sekiranya anda ialah ibu bapa atau guru kepada kanak-kanak prasekolah, dan jika anda sedang mencari permainan untuk membolehkan mereka menguasai konsep Matematik , anda telah datang ke laman yang betul. Di bawah laman ini terdapat petunjuk (link) kepada beberapa permainan yang dihasilkan untuk tujuan membantu kanak-kanak prasekolah memahami konsep asas Matematik. Cubalah baca!

Kanak-Kanak Tadika Belajar Matematik Melalui Pengalaman Seharian Bukan melalui penghafalan! Cuba anda meneliti pemahaman anda terhadap konsep asas Matematik. Satu soalan yang paling digemari dan sering ditanya ialah: Kenapakah dua campur dua jadi empat? Jawapannya ialah empat dan tidak ada alasan kenapa jawapannya bukan empat.

Saya pernah tujukan soalan tersebut kepada nak saya. Sekarang dia sudah berada di tadika hampir setahun. Kurikulum tadikanya mempunyai matlamat untuk mengajar kanak-kanak bukan sahaja menghafal urutan nombor tetapi mereka juga diajar konsep nombor. Untuk mengetahui sama ada guru anak saya telah berjaya mengajar anak saya konsep nombor, saya telah menguji anak saya.

"Ayah, apakah itu satu pasang?"

Soalan ini telah memberi saya peluang untuk menerangkan kepadanya bahawa satu pasang bermaksud dua benda yang melengkapi satu sama lain. Kemudian saya telah bertanya kepada dia:

"Sekiranya anda mempunyai dua pasang, berapakah jumlahnya?"

Anak saya telah berfikir sebentar dan memberi jawapannya sebagai "empat".

Pendaraban! Saya telah menanya anak saya satu lagi soalan.

"Sekiranya anda mempunyai tiga pasang tiket keretapi, berapakah jumlah tiket keretapi yang anda punyai?"

"Enam!"

"Jawapan anda betul sekali! Kenapakah jawapannya ialah enam?"

"Kerana saya mempunyai enam keretapi, dan enam bas, dan enam keretapi!!"

Pengetahuan Intuisi

Anak saya mungkin berpendapat bahawa soalan yang saya tujukan kepadanya adalah ganjil. Ramai orang dewasa juga akan bersependapat dengan anak saya bahawa soalan tersebut adalah ganjil.

Kenapakah jawapannya ialah enam?? Jawapannya memang enam, ayah! Seperti anak saya, kita tidak mempelajari nombor melalui penghafalan atau logik. Sebaliknya kita mempelajari nombor melalui pendedahan yang berulang. Kalau kita nampak enam benda. Kita akan diberitahu bahawa jumlahnya ialah enam. Situasi ini akan berulang beberapa kali dari semasa ke semasa. Akhirnya, secara tidak sedar kita akan "mengetahui" apakah maksud enam. Kesemua pembelajaran itu berlaku semasa tahap tadika.

Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak diajar Matematik melalui pendedahan masing-masing terhadap nombor dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya melalui permainan dan keriaan.

Saya telah menyediakan beberapa permainan Matematik tahap tadika boleh cetak dalam laman ini. Sama ada anda ialah seorang guru atau ibu bapa, permainan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak kesayangan anda mempelajari Matematik melalui pendedahan yang berulang, aritmetik, saiz dan konsep Matematik yang lain Semua permainan tersebut adalah percuma, terdapat beberapa permainan yang memerlukan lebih banyak persiapan, selain daripada menekan butang "cetak".

Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah satu permainan yang mempunyai peraturan yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta operasi asas operasi tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan dengan hanya menggunakan sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran menambah nombor 1 kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan mereka bermain permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga Pancingan atau bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan!
 
Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi tambah, bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanak-kanak anda tentu suka akan permainan ini kerama permainan ini menggabungkan konsep Matematik dengan makanan kegemaran mereka dengan gambar yang berwarna-warni. Jika anda download dan print kertas kerja ini sekarang, anda akan lihat gambar kuda dan robot yang sedang memegang mangkuk dan terdapat satu lagi mangkuk yang besar di antara kuda dan robot
 
Permainan operasi tolak tahap tadika merupakan permainan yang seterusnya selepas permainan operasi tambah tahap tadika. Permainan operasi tolak mengajar kanak-kanak mengajar Matematik dalam suasana yang menyeronokkan dan menyelerakan.
 

Sekian sahaja, buat kali ini. Tetapi cubalah anda tandakan (bookmark) laman ini dan kembalilah ke laman ini dari semasa ke semasa! Saya akan memperkenalkan permainan Matematik percuma yang lain dalam laman ini pada masa akan datang!

Yang benar,

Dr. Mike