Permainan-Permainan Matematik Tahun Tujuh
Permainan-Permainan Matematik Percuma Untuk Kanak-Kanak Tahun Ketujuh

Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris

Laman web ini menyenaraikan semua permainan Matematik tahun tujuh. Sekiranya anda ialah guru atau ibu bapa kepada kanak-kanak tahun tujuh, anda sudah tentu dapat mencari sesuatu yang berguna dalam laman ini! Anda mungkin ingin meneliti senarai permainan-permainan Matematik tahun enam , atau cuba anda lihat senarai lengkap untuk semua permainan Matematik sekolah rendah dalam laman web ini.

 
Dalam teka-teki Matematik yang mencabar tersebut anda perlu menyusun nombor 1 sehingga nombor 8 dalam kotak grid tersebut. Anda mesti pastikan nombor yang berturutan tidak berada bersebelahan antara satu sama lain. Teka-teki ini agak sukar tetapi boleh diselesaikan. Saya pernah melihat kanak-kanak gred empat berasa bingung terhadap teka-teki tersebut sehingga beberapa minggu, tetapi kanak-kanak gred lima dan enam nampaknya mempunyai potensi yang lebih untuk menyelesaikan teka-teki tersebut. Saya berharap anda akan menyukai teka-teki tersenut.
 
Zim Zam ialah permainan yang dikenali ramai. Permainan ini melatih pelajar mengenal pasti gandaan 5 dan 7. Permainan ini ialah permainan yang baik untuk kanak-kanak, dan permainan ini merupakan permainan yang dapat memeriahkan suasana di kalangan orang dewasa. Dalam web laman, anda akan menjumpai "Zim Zam Kalkulator" yang berupaya untuk menentukan apa yang perlu dikatakan oleh seseorang pemain untuk sebarang nombor yang diberikan
 
Dalam permainan tipu muslikhat kalkulator ghaib hari jadi dan "Tiga" tipu muslihat Matematik , seseorang kanak-kanak akan memberi satu turutan arahan-arahan aritmetik kepada kawannya, kemudian melakukan beberapa pengiraan mudah terhadap keputusan Matematik dalam mindanya. Kanak-kanak tersebut seperti mempunyai ilmu kuasa ghaib, dapat memperolehi tarikh hari jadi dan bulan kelahiran kawannya (atau nombor rahsia) sebagai keputusan pengiraan Matematiknya! Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak tahun keempat dan ke atas.
 
Minta kanak-kanak anda gunakan Applet Spirograf , dan lihat bagaimana kanak-kanak anda mencipta corak-corak yang cantik. Semasa mereka berseronok dengan hasil lukisan,anda boleh baca di laman web ini tentang Matematik yang mereka akan pelajari!
 

Sekian sahaja, buat kali ini. Tetapi jangan lupa untuk kembali melawat laman web ini seberapa kerap yang boleh, supaya anda akan sentiasa menjadi orang yang pertama untuk melihat permainan-permainan baru Matematik tahun tujuh yang akan saya letakkan dalam laman web ini!

Yang benar, Dr Mike....