Matematik Spirograf
Cuba fahami Matematik dalam spirograf!

Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris

Laman ini menerangkan beberapa konsep matematik yang dipelajari oleh kanak-kanak sekolah rendah melalui rekabentuk spirograf . Kini seseorang kanak-kanak tidak menggunakan spirograf lagi untuk mempelajari formula koordinat kutub yang kompleks. Mereka juga tidak kisah lagi nama sebenar untuk kelok spirograf iaitu episikloid dan hipotrokhoid.

Seseorang kanak-kanak bermain dengan spirograf kerana spirograf sungguh menarik.

Secara tidak langsung, kanak-kanak yang mencipta gambar yang cantik sebenarnya sedang mempelajari konsep matematik.

Laman ini terdapat applet spirograf yang percuma untuk kanak kanak yang ingin mencuba bermain dengan spirograf. Atau sekiranya anda ingin membeli satu spirograf, sila baca teks ini terlebih dahulu.

Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu spirograf, saya telah membuat satu wayang gambar pendek untuk menerangkan konsepnya. Atau anda boleh melompat terus ke bahagian konsep Matematik.

Apabila seseorang kanak-kanak mula menggunakan spirograf, mereka akan melalui beberapa tahap pembelajaran:

Dalam proses pembelajaran membentuk spirograf tersebut, kanak-kanak akan mengetahui jawapan untuk soalan di bawah.

Sekiranya saiz roda adalah sekian sekian, apakah jenis rekabentuk yang akan dicipta?

Di sinilah konsep Matematik perlu digunakan.

Saya akan tunjukkan kepada kamu apakah yang saya maksudkan. Jadual di bawah menunjukkan beberapa rekabentuk spirograf. Saya telah memilih saiz bulatan yang bergerak dan saiz bulatan tetap melalui cara yang sistematik.

Jejari 1 Bergerak Jejari 2 Bergerak Jejari 3 Bergerak Jejari 4 Bergerak Jejari 5 Bergerak
Jejari 9 Tetap
Jejari 10 Tetap
Jejari 11 Tetap
Jejari 12 Tetap

Kanak-kanak akan memperolehi jawapan bagi soalan-soalan berikut ketika bermain spirograf.

Soalan-soalan di atas semuanya mempunyai jawapan Matematik di sebaliknya. Oleh itu, kanak-kanak bukan sahaja dapat mencipta gambar spirograf yang menarik dan cantik sebagai hasil seni, mereka juga secara tidak langsung berupaya mempelajari Matematik melalui hasil seni mereka.

Sekiranya anda ingin menjadikan pembelajaran Matematik lebih jelas dan konkrit. Di sini, saya telah menyediakan beberapa idea yang dapat membantu anda:

Sudah tentu terdapat lebih banyak soalan yang lain yang boleh dikemukakan kepada kanak-kanak itu. Gunakan kreativiti anda untuk membentuk pelbagai soalan. Sekiranya anda ingin menggalakkan kanak-kanak menggunakan spirograf, anda boleh mencadangkan kepada kanak-kanak untuk membuat kad hari ibu atau hari bapa atau harijadi dan kad untuk perayaan yang lain...